Fancy Chocolate & Pinata

Fancy Chocolate & Pinata

Thursday 2 May 2013

Dunia Baru

Assalamualaikum dan Salam Ceria buat semua. 

Setiap perniagaan atau apa pun yang kita mulakan, mestilah langkah agak perlahan pada mulanya kan, macam bayi, baru nk bertatih, sekali sekala jatuh juga, terhantuk juga di mana2. Perjalanan Umi masih baru bersama Fancy Chocolate & Pinata. Dan kerana baru itulah, Umi berdepan pelbagai cabaran dalam membangunkan nama yang Umi cipta ini untuk kejayaan di masa hadapan. In Shaa ALLAH. Umi amat berterima kasih dan bersyukur dengan dugaan yang telah Umi jalani, tanpa pengalaman kita takkan mampu menapak selangkah ke hadapan. Sama ada menjadi semakin berkobar-kobar untuk berjaya, atau terus jatuh dan berputus asa. Segalanya terpulang atas diri sendiri. Jangan salahkan orang lain jika kita yang tidak mahu bangun dari kegagalan yang lalu! Kita sendiri yang memilih hala tuju masa depan kita. Jangan pula menyalahkan takdir yang tersurat tanpa berusaha dan mencuba terlebih dahulu. Kita kan dikurniakan akal yang sihat untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri kita? Jadi, gunakanlah sebaik-baiknya ya ^__^


Umi cuba kuatkan diri dengan setiap kata2 bisa yang menusuk telinga Umi.Umi telan juga kata2 sokongan dari yang tidak mahu lihat Umi putus asa. Pengalaman kan mematangkan kita. Tak selamanya orang yang 'laser' kita tu akan terus tak suka kita kalau dia tengok kita cepat2 bangkit setelah tersadung. Tapi jangan risau pula dengan yang sentiasa bagi sokongan kat kita tu akan cuba jatuhkan kita. Mereka takkan buat begitu kalau kita gunapakai kata2 sokongan mereka untuk terus maju, mereka akan rasa dihargai dan terus menyokong usaha kita. In Shaa ALLAH. 

Permulaan kita nak mulakan berniaga, menceburkan diri dalam dunia perniagaan setelah lama bergelumang dengan buku2 dalam bidang yang tak berkaitan dunia perniagaan, adalah sedikit sukar TANPA semangat yang kuat. Perasaan takut gagal dan malu mulakan adalah halangan yang cukup besar dalam diri Umi, sebelum Umi ambil keputusan untuk tanam sikap suka berniaga dengan mengikuti seminar berkaitan perniagaan anjuran Richworks oleh Dr Azizan Osman. Umi pergi yang basic je dulu. Bagi tambah besi berani dalam diri.hehe..
Umi berdoa mudah-mudahan adalah rezeki Umi nak join seminar lanjutan yang menyalurkan lebih banyak ilmu perniagaan yang memang terbukti berkesan. Aamiin.

Jom layan gambar coklat2 Umi masa awal2 mula dulu.hehe..^__^


~ 6 pukal

~ 2 beg besar


~ di gerai jualan

~ antara coklat yang dijual

~ berniaga di depan rumah Emak & Abah ku ^__^


dan, ini adalah pesanan dar Emak & Abah Umi
~ S.M.S. ini mempunyai maksud yang jelas namun mendalam. Sama2 lah kita memahaminya. ^__^

Sekian~




No comments:

Post a Comment