Fancy Chocolate & Pinata

Fancy Chocolate & Pinata

Monday 29 April 2013

Langkah Seterusnya


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Pagi ^__^

17hb Disember 2012 Umi sekeluarga pergi SSM, ambik langkah seterusnya dalam usaha yang Umi baru jalankan ni. Sebab apa?sebab Umi seriuslah, Umi minat, Umi suka, Umi sayang..heheh..

Keluarga Umi, sebelah Umi dan sebelah suami, bagi sokongan penuh, terutama kakak sulung Umi, Kak Ina ^__^.  ~Kau memang kakak aku yang sangat penuh motivasi dan sokongan Kak Ina, semoga ALLAH berikan rahmat dan kejayaan dalam setiap urusan kau. Semoga kau bertambah kuat dalam setiap langkah kau Kak Ina. Aamiin ^__^

Pertama kali datang sini, macam2 tak tau.tanya sana, tanya sini, telefon lagi, S.M.S lagi, heheh..akhirnya selesai juga urusannya. Nasib baik Kak Ina bagitau S.S.M ada buat promosi masa ni, untuk Pendaftaran Perniagaan dan Pembaharuan Perniagaan (1 Jun - 31 Dis 2012) Renew lesen untuk SETIAP 5 tahun. Kalau tak setiap setahun kena renew. Syukur rezeki Umi masih belum terlepas tarikh promosi ni. ALHAMDULILLAH.

~ pening perah otak nak fikir nama untuk perniagaan Umi ni. Kena buat 3 pilihan nama takut2 nama yang kita pilih tu ada perniagaan lain dah pakai dulu. Untuk permulaan ni, kecil-kecilan, pakai Enterprise ^__^

~ ni Rania, mood dia dah terlampau bosan tunggu giliran Umi agaknya. Sampai kemek muka dibuatnya.hihi.. Sabar ye nak.. ^__^

Akhirnya, urusan pun selesai. kami pun pulang dengan gembira. Tak lupa Umi hantar S.M.S. ke emak untuk maklumkan pencapaian pada hari itu. Terima Kasih atas doa dan sokongan yang tak putus dari ahli keluarga buat kami. Mudah-mudahan hasilnya nanti kita dapat kongsikan bersama-sama. Aamiin.

~ Eby ialah nama timangan Umi dalam keluarga. Haha..sangat x matured.



No comments:

Post a Comment