Fancy Chocolate & Pinata

Fancy Chocolate & Pinata

Friday 19 July 2013

Tambat Hatinya & Kejutan!

Salam Sejahtera semua yang singgah di blog Fancy Chocolate & Pinata. ^__^

Semoga anda ceria pada hari ini sepertimana Umi yang rasa ceria bila teringat tempahan yang ingin Umi ceritakan dalam entry ini.

Setelah Umi membuat beberapa rujukan dan bacaan mengenai kaedah pembungkusan coklat bagi mengelakkan kejadian tak diingini berlaku, Umi mendapat tempahan daripada kawan seperjuangan di UUM dulu, iaitu Cici, yang pernah menempah Lolichoc Ultraman untuk saudaranya sebelum ini. Kali ini coklat mahu disampaikan kepada kenalannya yang tinggal di Sepang, dan Cici di Sabah ^__^.

Cici memilih praline coklat berbentuk 3D Cupcake berwarna warni untuk temannya dengan ucapan "A Gift For You" sebanyak 35 biji.

~ pink-purple-kuning-hijau

~A Gift For You~

~ respon customer di Facebook Page ^__^

ALHAMDULILLAH coklat sampai dalam keadaan yang selamat dan penerima hadiah ini juga gembira. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Janji kami kepada para pelanggan ialah akan mengembalikan bayaran 100% jika berlaku sesuatu kepada produk. Memilih untuk coklat yang baru juga diterima. Umi gembira dengan pekerjaan Umi. Semoga anda di luar sana juga bergembira dengan setiap bidang yang anda pilih dan ceburi. Semoga rezeki kita semua diberkati dan dirahmatiNya. Aamiin. ^__^


Wednesday 17 July 2013

Semangat Pantai Timur

Assalamualaikum w.b.t semua ^__^

Lamanya tak update blog ni. Apa khabar semua? Mudah-mudahan sihat bertenaga di bulan Ramadhan ini. Yang terlajak tidur sehingga tak sempat bersahur tu, janganlah sedih dan terkenang-kenang. Nanti tak bermaya puasa sepanjang hari.eheh.. Ingatlah mereka yang lebih susah daripada kita, ya. ^__^ . Mereka lebih hebat diuji berbanding kita. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur. Aamiin.
Hah ni Emak & Abah Umi pesan tau..


OK harini kita cerita tentang order coklat dari Pantai Timur. PAHANG. Order ni dari seorang ibu saudara, nak hadiahkan coklat pada anak saudaranya di Shah Alam, Selangor. Coklat yang ditempah berbentuk bola sepak berwarna merah~putih dengan tulisan " Cik Da Sayang Aniq & Arfy ". Sayang betul Cik Da kat anak saudaranya kan? Umi pun dulu zaman2 bujang sayanggg banyak - banyak kat anak-anak saudara Umi. Nak-nak bila dah hari-hari ngadap dia, mandikan dia, tidurkan dia, bergurau dengan dia. Bila balik sekolah teringat nak belikan mainan dan jajan untuk dia.hehe. Ibunya kerja ^__^. Bila dah kahwin dah jarang jumpa anak-anak saudara. Rindu kat diorang. 

Berbalik kepada cerita coklat Cik Da, Cik Da PM Umi di https://www.facebook.com/messages/FancyChocolatePinata (inbox page) dan bertanyakan tentang jenis-jenis coklat yang Umi buat. Setelah setuju dengan bentuk dan inti coklat yang dipilih, Cik Da terus membuat pembayaran (bank-in) kepada Umi. Inilah rupa coklat tempahan Cik Da. 25 biji bola dengan ucapan " Cik Da Sayang Aniq & Arfy ". ^__^

~ cantik tak? ^__^

Sayang seribu kali sayang. Semasa proses pengeposan, berlaku sesuatu kepada coklat dan Cik Da segera memberitahu kepada Umi mengenai keadaan coklat yang diterima oleh anak- anak saudaranya. Umi pun sedih tau. Sebab orang yang dapat coklat tu tak happy sebab coklat dah tak macam gambar di atas. Matlamat Umi pada tempahan yang ini ( nak gembirakan penerima dan pemberi coklat )tak tercapai. Umi minta maaf sangat-sangat kat Cik Da. Cik Da sangat baik walaupun tempahannya rosak, Cik Da balas PM Facebook dan SMS Umi : 

~ mesej yang di atas ni Umi sangat sedih T__T

~ terima kasih Cik Da.

Dan ini untuk anak-anak saudara Cik Da. Semoga bergembira ^__^


Umi bersyukur dapat customer yang baik dan boleh berbincang dalam masalah. Semoga Umi diberi kesabaran yang sama seperti Cik Da. Terima Kasih Cik Da ^__^. Anda penambah semangat Umi untuk lebih berjaya ^__^.

  






Friday 14 June 2013

Jejak Qaseh, Tautan Qaseh

Assalamualaikum dan Salam Ceria buat semua..

Post kalini ialah tempahan dari kawan Umi yang dah lamaaaa tak jumpa. Nama gelarannya Kak Long. Sejak tahun 2005 sampailah 2013 ni baru jumpa balik. ALLAHU AKBAR 8 tahun tuuu..hihih..  

Umi kenal Kak Long dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Kami sama2 dari Kluang, dihantar ke Kem Sekakap di Mersing bersama ramai lagi peserta lain dari seluruh negeri. Tepi pantai tauuu...^__^ bestt sangat.hehe. Time paling best bila hari Ahad la aktiviti bebas dapat ngadap pantai lama2 dengan angin yang nyaman, pemandangan indah, tengok ragam pelatih2 lain yang sama2 lepaskan rindu pada keluarga dengan menikmati pemandangan laut. Nak outing manalah dapat, tambahan lagi kem tu dalam kawasan yang terpencil lah jugak. Sepanjang jalan nak ke kem banyak hutan2 dan kebun2..susah nk nampak perumahan. (atau mungkin tu cuma pendapat Umi je sebab masuk kem tu sekali dan 3 bulan tak keluar2 T__T)

Umi & Kak Long sama2 ditempatkan dalam Kompeni Delta. Kenangan dalam PLKN terlalu banyak. Ada yang gembira, yang sedih, yang tak puashati, yang bercinta, yang melatah, yang takut dan yang serammm pun ada tau. Masa duk dalam kem, tak sabar2 nak balik..bila cukup 3 bulan dan dah boleh balik..beratnyaaa hati nak berpisah. Hihihh..

Setelah 8 tahun berpisah dan kami bertemu kembali di Facebook. Lepastu jumpa di Kluang bersama2 melawat seorang lagi rakan PLKN yang baru bersalin. Berbual cerita2 lama dan baru. Kak Long telah menempah 100biji coklat Praline Oreo dengan corak bunga warna merah jambu sempena majlis aqiqah anak saudaranya yang pertama. Tapi untuk lebih lain daripada yang lain, Oreo digantikan dengan inti badam dan kismis, mengikut permintaan pelanggan ^__^. Tambahan 8 biji coklat berbentuk kiub berintikan Nutella.

Jom sama2 tengok tempahan penuh kasih sayang dari seorang ibu saudara buat anak saudaranya :~~   





Terima Kasih, Kak Long Citra Qaseh ^__^

Berminat nak dapatkan coklat macamni juga untuk goodies majlis2 anda? Hubungi 017-7938510 untuk mendapatkan harga terbaik dan berbaloi2 untuk anda ^__^




Tuesday 11 June 2013

Menghargai Mereka yang Sangat Berharga

Assalamualaikum w.b.t semua

Lama rasanya tak update blog..Umi agak sibuk, maaf ya. Haa sekarang kita dah bertemu kembali, apa khabar semua? Umi doakan semuanya dalam keadaan yang sihat sejahtera dan baik-baik sahaja ya ^__^

Entry kali ini kita cerita tentang tempahan seterusnya, diikuti dengan gambar2 yang berkaitan. Tempahan untuk yang sangat berharga. Siapakah yang sangat berharga itu? Tentulah kedua orang tua kita. Ibu dan bapa kita. Mereka merupakan orang yang banyak mendewasakan Umi, jadi Umi yang sekarang. Tak kira lah melalui sindiran, pujian, marah, gurau, ketawa atau menangis. 

Ingat lagi masa belajar kat Kedah dulu. Kampung Umi kat Johor, belajar kat Kedah. Dari Selatan ke Utara. Jauuuhhhh tuu..Asal dapat tepon Emak & Abah, dengar suara je dah meleleh air mata. Bila balik berjumpa kemain degil lagi. Huhu..Pengalaman macamnilah yang banyak menjadikan Umi kuat walaupun ati Umi memang cepat sentap. T__T

Tempahan dari Kluang, buat kejutan hari jadi ibu tersayang. Dari kawan Umi di tingkatan 6 bawah dulu. Kami kenal cuma sekejap, tapi kami kawan selamanya. Kan Cik Lela? ^__^ Jom tengok tempahan Cik Lela. >> Hapy Besday MAM 55 thn.<<

~ Umi letakkan sekali feedback dari beliau. Terima Kasih, Cik Lela ^__^

Yang ni pulak untuk Abah kawan Umi, Encik Jawa yang merupakan kawan Umi satu company (DELTA) di PLKN dulu ^__^

~ Selamat Hari Lahir Abah 29.04.2013 with Love3...

Yang ini pulak tempahan dari kawan sekolah Umi masa tingkatan 6 Atas, Puan Ct Azura ^__^
Ia merupakan tempahan sempena Hari Ibu dan Hari Guru baru2 ini. TQ Puan Ct Azura <3

~ coklat buat Ibu

~ Coklat buat Guru

Dua gambar seterusnya di bawah ini ialah penghargaan dari Umi sekeluarga buat mama mertua Umi dan juga Emak Umi. Ikhlas dari Umi, Abi dan Rania <3

~ Kite sayang Mama, terima kasih kerana sudi jadi Mama kite ^^v

~ Eby sayang Emak, kejutan yang terkejut namanya.huhu. ILOVEU.

Sementara Umi ada peluang menggembirakan ibu2 dan bapa2 Umi dengan apa yang Umi tahu (buat coklat comel2) , Umi rasa sangat bahagia membuat orang tersenyum kerana mengingati mereka. Seterusnya ikatan kekeluargaan akan bertambah kuat. kan? kan? sebenarnya tak kisah walau hanya dengan satu S.M.S pun, jika kita hantar ucapan yang mendoakan kesejahteraan mereka, mereka sudah cukup gembira menerimanya. Tapi kalau boleh buat lebih dari menghantar S.M.S, lebih bermakna kan? ^__^.

~ ni ialah hadiah buat ibu2 dan bapa2 saudara Umi termasuk Emak (Mak Ana) yang lahir pada bulan yang sama (Mei) namun pada tahun yang berlainan.
Happy Birthday Emak ( Mak Ana ), Pak Long, Mak Long, Pak Ngah dan Mak Yah ^__^
Semoga sentiasa muafakat sesama saudara dan diberikan rezeki dan kesihatan yang baik olehNya,Aamiin.

Kebetulan, baru2 ini merupakan hari kelahiran suami Umi dan kami sambutnya dengan simple namun penuh kasih sayang ^__^ (yelahh sebab si kecik yang surprisekan beliau..heheh). Meh layann..

~ beriya2 Rania nak tolong buatkan coklat birthday Abi. Siap suap lagi..ehehe.. Kita doakan Abi happy layan karenah kita berdua ye. :p weLOVEu

Haritu dah buat penghargaan untuk Emak, Mama, Ibu dll sempena Hari Ibu, 
Kalini kita appreciate Abah pulak, barulah adil kan..
Hadiah ni baru di poskan tadi, sepakat dengan family dan 2 orang adik Umi yang belajar di Serdang.
Latest ni..sejuk2 baru keluar ice box..hehe..terimalah..
~ rupa bentuk & susunan coklat ikut tingkat. no.3 ialah tingkat terbawah sekali
Slmt Hari Abah we <3 u
Angah <3 Eby <3 Rania
Akak & Aud

~ ketiga2 tingkat coklat itu dimasukkan k dalam bekas ini, yang mana setiap satu tingkat akan membawa ingatan Abah kepada kami Inshaa ALLAH, weLOVE u Abah <3


Sementara masih punya peluang, Umi nak gembirakan Emak dan Abah Umi serta orang2 yang memerlukan Umi untuk menggembirakan orang2 yang mereka sayang. Manalah tahu esok lusa Umi dah tak dapat kesempatan ni lagi. Kita kan cuma merancang dan ALLAH adalah sebaik2 perancang ^__^
Terima Kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan ku dengan bakat ini. Akan ku gunakan sepenuhnya segala idea dan kreativiti ini untuk membantu orang lain yang mungkin mencari cara baru untuk meraikan seseorang yang istimewa dalam hidupnya.

Ha, ada tak design yang menarik perhatian anda semua? Berminat nak beli coklat untuk surprisekan yang tersayang? Cepat2 hubungi Umi di talian tertera ya. 017-7938510..
bagitau je nak macammana Umi akan buatkan. Sebut je ^__^


***Mereka Ibu dan Bapa. Kini, kami juga Ibu dan Bapa ^__^

Sekian ^__^


Thursday 23 May 2013

Balik Kampung!! ^_^

Assalamualaikum semua..apa khabar anda? Umi doakan anda semua sihat dan happy2 hari ini ya. ALHAMDULILLAH ^__^

Umi sebenarnya suka balik kampung umah Emak & Abah kat Kluang..Emak masak sedap, Abah pulak suka sharing kata2 nasihat..hhehehh. Walaupun Umi dah kahwin, ada keluarga sendiri, bila balik Kluang mesti join aktiviti kat umah Emak & Abah macam masa bujang2 dulu..hehehe. Lagipun kan..bila balik kampung kan, rasa seronoknya lain macammm tau. Selera makan jangan cakaplah..bertambah2..perasaan pulak..fuhhh...seronok sangat!!..heheh..

So..bila Umi dapat order dari kawan2 Kluang...excited Umi sebab dari tempahan2 tu lah Umi dapat balik kampung..yelah..order dari kampung, xkan nak pos pulak kan..alang2 balik lah terus sambil memenuhi tempahan, dapat juga jenguk mak dan abah ^__^

Order seterusnya daripada kawan sekolah Umi.Nana. Kitorang sekelas masa di sekolah rendah tapi berlainan kelas di sekolah menengah yang sama. Mulanya Nana menjemput untuk ke majlis perkahwinannya sahaja. Kemudiannya Umi tanya kalau2 Nana nak coklat untuk tambah dalam menu majlis dia. ^__^ Rupanya Nana masih kekurangan item dalam hantarannya. Ada balang kosong dalam dulang yang masih belum tahu nak diisikan dengan apa. Akhirnya Nana memilih untuk meletakkan coklat bersampul aluminium foil di dalam balang tersebut. Umi menerima tempahan mengikut permintaan yang disebutkan oleh Nana. Tak sangka Umi dapat bantu selesaikan masalahnya ^__^. ALHAMDULILLAH

Umi siapkan 200bj praline choc pilihan Nana dengan 3warna foil yang berlainan untuk membezakan 3 inti pilihannya iaitu oreo, hazelnut dan almond dalam coklat berbentuk hati.
Umi ingatkan nak balik dan hantar hujung minggu, tapi hujung minggu tu lah majlisnya berlangsung. Nasib baik ada adik Nana yang bekerja di Melaka. Jadi kirim melalui adiknya sahaja. ^__^

Meh tengok coklat tempahan Nana : ~


~ 4 mangkuk coklat

~ store in a cool dry palce by Fancy Chocolate & Pinata + bisnes card

tema hijau pucuk pisang +warna tambahan



~ rupa asal sebelum dibungkus

~ Selamat Pengantin Baru NANA ~ZALEE 

Terima Kasih, Nana ^__^

post ni xsiap lg..nnt2 Umi sambung k =p 







Thursday 16 May 2013

Wake Up!!

Assalamualaikum.....kabare semuanya? Mak Abah anta S.M.S ini pagi2 nanya :

ALHAMDULILLAH bagi yang sudah. Bagi yang belum, jangan sampai terlepas ya ^__^

Wake Up!! Wake Up!! (orang Jawa kata..heheheh)

Wednesday 15 May 2013

Terima Kasih ^__^

Assalamualaikum semua semoga ceria2 selalu ^__^

Fancy Chocolate & Pinata menyediakan pelbagai bentuk (fancy) coklat yang Umi sendiri pun tak terfikir sebelum ni. Dari bentuk kotak2 biasa hinggalah bentuk yang kompleks seperti bangunan taj mahal, bola 3D dan sebagainya.

Pada bulan February lalu juga, anak saudara Mama mertua Umi bertunang, anak kepada Mak Uda. Umi dapat tempahan dari Mama untuk buatkan sekotak coklat sebagai salah satu hantaran untuk pertunangan tersebut. Mak Uda juga membuat tambahan sebanyak 60biji coklat Praline untuk makan2 bersama saudara mara yang menyertai rombongan. Pertunangan berlangsung di Perak. Warna pilihan ialah kuning-hijau bentuk daun dan bunga ros. Manakala tambahan coklat Praline beraneka warna.  Kotak disediakan oleh Mama iaitu kotak Ferrero Roche.hihi.

Coklat hadiah hantaran dari Mama

~Tempahan tambahan dari Mak Uda 

~ jambangan ros di taman ^__^

~ keseluruhan tempahan

Selepas majlis pertunangan selesai, Umi dapat panggilan dari Mak Uda, nak beli coklat lagi. ^__^
Mak Uda datang rumah, berbual2 minum Nescafe dan beli coklat.  Umi tanya keadaan coklat yang dibawa ke Perak tempoh hari, dan feedback yang sangat positif : 

~ cantik 
~ sedap 
~ bawa dari Melaka sampai Perak, coklat TAK CAIR


Terima Kasih Mama dan Mak Uda ^__^


Tuesday 14 May 2013

Jauh di mata, Dekat di hati, Kukuh di ingatan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Pagi ^__^

Apa khabar pengunjung Blog Fancy Chocolate & Pinata semua? Semoga sentiasa tidak lupa untuk bersyukur dan redha dengan kurniaan rezeki mahupun ujian yang diberikan oleh Yang Maha Kuasa kepada kita. ^__^

Hari ini Umi nak berkongsi cerita tentang tempahan dari ibu saudara Umi, Mak Ton. Bila teringat nak post tentang order Mak Ton, (sebab post kena ikut turn tempahan yang Umi dapat..heheh) Umi teringat pulak makcik Umi yang lagi seorang, Mak Yah, Umi terlupa masukkan gambar coklatnya aritu ^__^..

Umi ni kecik2 macam2 gelaran dapat, arwah atok belah Emak Umi bagi. 'Kokang', 'Lalak'.pastu makcik2 pakcik2 adik beradik pun bahankan Umi dengan nama tu.haha..sebabnya? Umi ni memang sejak azali dah penakut, pemalu sangat.Orang cakap cengeng? gembeng? ha tulah Umi. Kecik2 dulu selalu Abah bawa kitorang balik kampung.Tiapkali balik kampung tu lah, Umi menyorok atau menagis.Nak2 bila balik kampung belah Emak kat Segamat tu.huhuhu...ingat lagi Tok Ru (nenek sebelah Abah) cakap "ko kecik2 berani tenung orang, bila orang panggil, terus menyorok belakang Mak ko, menangis." hahaha...aduhai...sampai ke besar Umi macamni..tapi menyorok belakang Emak & menagis tu, dah tak adalah. Sekarang Umi dah kuat dan bersemangat.huhuh..

Disebabkan sifat penakut dan pemalu tu lah, Umi rasa antara sebab Umi ni kurang bergaul dengan saudara. Macam suami Umi pulak, lain. Asal balik kampung, berkumpul semeja berbual gelak ketawa dengan saudara2 dia. Seronok betul Umi tengok. ^__^. Jadi lepasni kawan2 Umi yang pernah kenal kat sekolah, PLKN atau Universiti, tapi tak pernah berbual dengan Umi, janganlah ingat Umi sombong pulak tau. heheh..

Satu hari, Emak bagitau yang adik Emak, Mak Yah jemput datang ke majlis kenduri kahwin anak sulungnya pada Disember tahun lepas. Kat Muar, majlis sebelah menantu perempuannya. Asalnya yang Emak suruh wakil pergi sana ialah Umi sekeluarga, abang Umi sekeluarga dan adik Umi yang duduk serumah dengan Umi. Umi ni bila ada yang lebih besar ikut, confident lah kan..sekali abang Umi ada hal, tak dapat pergi. Uishh...nervous pulak jadinya. Yelah, dah la dengan segan sebab dari kecik Umi keje menyorok je. Pastu tambah takut tak kenal pulak dengan sepupu2, masing2 dah besar. Nama.. pun tak tau..berat kan kes Umi ni..hahah..

Pada hari berlangsungnya majlis, kami pun bertolak dari Melaka ke Muar. Lepas jumpa rumah, kami duduk bersama, bergurau dan makan bersama2. Kuatnya ikatan kekeluargaan tu kan, walaupun lama tak jumpa, tak tau nama pun ada, tapi cepat betul mesra. Senyuman tak lekang sesama kami. Umi bersyukur ^__^. ALHAMDULILLAH. Kami tukar2 cerita, bisnes, anak dan sebagainya. ^__^ Sebelum balik tu Umi jumpa Mak Yah, tak dapat singgah rumah Mak Yah. Umi bagi coklat sebab nanti boleh makan ramai2 dengan saudara mara yang ada. ^__^

Inilah rupa coklat untuk Mak Yah :~


~ Lolichoc Bunga2an, Ladybug dan Smiley

Kisah melalui gambar
Apabila sang kumbang(lelaki) menemui bunga pilihannya (wanita) lalu mengambil keputusan untuk hidup bersama, setiap yang disekelilingnya akan turut gembira .^__^. ~~ tahniah !!

~ bungkus2. Coklat plain.  

~ Respon di wall FB ^__^. Ada lagi respon tambahan masa berbual di telefon. Semuanya respon tanda puashati ^__^

Terima Kasih, MakYah ^__^


Pada February tahun ini, Mak Ton yang juga adik Emak hubungi Umi untuk satu urusan. Selesai urusan, Mak Ton tempah coklat dengan Umi untuk celebrate majlis hari jadi cucunya di majlis perkahwinan sepupu Umi di JB. Kebetulan majlisnya jatuh pada tarikh hari jadi cucu Mak Ton. Kira raikan sekali lah ^__^

Mak Ton pilih Lolichoc bentuk Ladybug. 100 batang. Separuh berwarna Merah-Hitam dengan inti Cashewnut, separuh lagi Biru Putih dengan inti Nutella.


~ Biru-Putih 

~ Merah-Hitam

~ keep in a cool dry place

~ Happy Birthday Nur Aisy Khalizscha 1 Tahun


~ Poslaju ke Batu Pahat

~ mesej Mak Ton yang buat Umi terkejut.hehe...

Terima Kasih, Mak Ton ^__^

Kesimpulan yang Umi cuba sampaikan dari kisah hari ini, biar macammana pun kamu di masa lalu, tidak bermakna kamu tak mampu berubah di masa depan. Tapi, biarlah berubah menjadi yang lebih baik. Jadi lebih baik kan, lebih besar maknanya ^__^. Yang lalu jadikan kenangan, tambahkan kekuatan di masa hadapan. Semoga anda semua kaya dan berjaya, dan dapat bantu lebih ramai orang yang memerlukan ^__^. Wassalam.








Semua Baru ^__^

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria buat semua ^__^

Cerita tentang pertama kali Umi buat coklat berinti, Umi dapat order dari customer baru, dari Parit Jawa, Muar. Namanya Ita. Ita tempah coklat birthday untuk pasangannya, dengan tema warna Merah~Hitam dan Pink. Berintikan hazelnut. Coklat birthday dengan ucapan Hepy Besday Abg, Luv U. 

Customer baru, Inti baru dan Design baru.Umi namakan coklat Bling~Bling. Sebab Umi pun baru (memandai2) buat dot-dot Bling-bling tu. Hantar ke Parit Jawa, perjalanan pun sebenarnya tak lama tapi Umi sesat!!hihi..memalukan je. > Kampung Umi kat Muar jugak tau.hahha...

Apepun Norita Eita, akak sangat berterima kasih kat awak sebab sanggup tunggu akak jumpa jalan yag betul. Lainkali akak turun Parit Jawa, akak bagi special gift pada awak ye ^__^

Jom layan coklat Bling2 tempahan Norita Eita dari Parit Jawa, Muar :~



~ order dah siap dengan bling-bling

~ hiasan reben polkadot

~ mulakan perjalanan (cerah)

~ dah gelap! misi selesai ^__^ ALHAMDULILLAH

Sebenarnya kalau nak ingat balik waktu ni, macam2 perasaan. Nak tergelak pun ada. Tapi nasib baik ada Rania 1tahun lebih umurnya masa tu, kami nyanyi2 sepanjang perjalanan. Nak kurangkan rasa malu dan bengang sebab sesat. heheh.. Selesai semuanya, kami makan burger tepi jalan. Lapo ooo..... ^__^

Apa pula feedback dari Ita? Inilah dia ^__^





Terima Kasih Norita Eita ^__^