Fancy Chocolate & Pinata

Fancy Chocolate & Pinata

Tuesday 7 May 2013

Mulakan Hari Baru

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua ^__^

Macammana dengan hari anda? Mudah-mudahan lebih baik dari hari semalam, walaupun hanya bertambah satu pengetahuan yang anda tidak tahu sebelum ini, itu juga adalah satu peningkatan dalam hidup.Tahniah, sekarang anda sudah tahu! ^__^

Musim Pilihanraya sudah berakhir, semua orang sudah menyumbang dalam pemangkahan undi bagi calon yang dipercayai. Kini kita mulakan hari baru setelah pucuk pimpinan yang baru telah dipersetujui walaupun banyak isu lain yang timbul agak mempengaruhi di sana dan sini. Walau apa pun isunya, keharmonian dan kesejahteraan sejagat lebih utama supaya keamanan dapat dikekalkan. Harapan Umi supaya kita semua meningkatkan pengetahuan diri, agar tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan sebelum berfikir dan membuat sedikit rujukan terlebih dahulu. Saling berbahas tidak salah yang penting tidak memusnahkan ikatan yang lama terbina hanya kerana tidak sama pendapat. Setiap orang kan ada pandangan masing2, sama2 kita  berbincang secara berhikmah.

Oh ya, pada 5 Mei lalu, Umi balik ke Kluang, kampung halaman Umi untuk mengundi. Syukur,ALHAMDULILLAH murah rezeki, banyak tempahan coklat yang Umi terima berbanding minggu sebelumnya. Agak lambat juga Umi bertolak pulang dari Melaka, sampai Kluang pun agak lewat, nasib baik customer Fancy Chocolate & Pinata penyabar2 orangnya. Tetap tunggu kepulangan Umi dan masih sudi melemparkan senyuman saat menerima coklat. Terima Kasih kepada customer2 Fancy Chocolate & Pinata 5 Mei 2013 : Jawa, Nurul Haya, Azlina, Kak Fariza dan  Kak Mazni ^__^

Jom tengok coklat2 tempahan yang telah selamat diterima oleh para customer yang dihormati ^__^

~ Hadiah untu Bapa tersayang, En. Jawa dari Batu Pahat.

~ Hadiah untuk BFF, Cik haya dari Kluang


~ Choc Bar, 1st time order dari Puan Mazni, Kluang


~ Coklat untuk hantaran, Cik Fariza dari Rengit, Batu Pahat

~ Coklat buat SAYANG dari customer Kluang

~ Coklat tema Pasukan Bola Sepak, Puan Azlina dari Kluang

~ siap keseluruhan

~ Sedia untuk dihantar kepada para customer. 

Terima Kasih.ALHAMDULILLAH.

05 Mei merupakan tarikh lahir 2orang adik Umi, seorang adik kandung dan seorang lagi adik ipar Umi. Umi tak sempat nak buat yang meriah untuk adik kandung Umi, tapi lihat dia senyum masa Umi suruh check bungkusan yang berisi coklat2 tempahan customer, dah buat Umi rasa happy, kerana dapat buat adik kandung Umi happy walaupun hadiahnya xseberapa dari Umi. 

" Buat adikku Zuraidah Jamali, aku ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 24 tahun, semoga selama mana umur yang ada, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diteguhkan iman dan sentiasa mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Aamiin."  

 ~ yang dalam bulatan tu lah coklat untuk adik Umi ^__^

Balik ke Melaka setelah mengundi di Kluang, Umi siapkan pula coklat untuk adik ipar Umi. Peralatan lengkap kat rumah, jadi dapatlah buatkan yang meriah dan berwarna warni. Maklumlah, hadiah untuk budak kecil. Baru masuk 6 tahun umurnya. Kami sambut di rumah ibu mertua, dia pun buatkan kek pelangi untuk satu2nya anak perempuannya.hehe..jom tengok meriah kami-kami ajelah..heheh

~ Coklat yang disiapkan dalam kadar pantas!TQ Puan Peti Sejuk. ehheh..

~ celebrate bday Girl .Suka sangat dia bila diraikan ^__^

~ Happy!Happy!Happy! ^__^

Selamat bergembira semua. Ini pesanan dari Emak & Abah Umi ^__^

^__^


No comments:

Post a Comment