Fancy Chocolate & Pinata

Fancy Chocolate & Pinata

Thursday 23 May 2013

Balik Kampung!! ^_^

Assalamualaikum semua..apa khabar anda? Umi doakan anda semua sihat dan happy2 hari ini ya. ALHAMDULILLAH ^__^

Umi sebenarnya suka balik kampung umah Emak & Abah kat Kluang..Emak masak sedap, Abah pulak suka sharing kata2 nasihat..hhehehh. Walaupun Umi dah kahwin, ada keluarga sendiri, bila balik Kluang mesti join aktiviti kat umah Emak & Abah macam masa bujang2 dulu..hehehe. Lagipun kan..bila balik kampung kan, rasa seronoknya lain macammm tau. Selera makan jangan cakaplah..bertambah2..perasaan pulak..fuhhh...seronok sangat!!..heheh..

So..bila Umi dapat order dari kawan2 Kluang...excited Umi sebab dari tempahan2 tu lah Umi dapat balik kampung..yelah..order dari kampung, xkan nak pos pulak kan..alang2 balik lah terus sambil memenuhi tempahan, dapat juga jenguk mak dan abah ^__^

Order seterusnya daripada kawan sekolah Umi.Nana. Kitorang sekelas masa di sekolah rendah tapi berlainan kelas di sekolah menengah yang sama. Mulanya Nana menjemput untuk ke majlis perkahwinannya sahaja. Kemudiannya Umi tanya kalau2 Nana nak coklat untuk tambah dalam menu majlis dia. ^__^ Rupanya Nana masih kekurangan item dalam hantarannya. Ada balang kosong dalam dulang yang masih belum tahu nak diisikan dengan apa. Akhirnya Nana memilih untuk meletakkan coklat bersampul aluminium foil di dalam balang tersebut. Umi menerima tempahan mengikut permintaan yang disebutkan oleh Nana. Tak sangka Umi dapat bantu selesaikan masalahnya ^__^. ALHAMDULILLAH

Umi siapkan 200bj praline choc pilihan Nana dengan 3warna foil yang berlainan untuk membezakan 3 inti pilihannya iaitu oreo, hazelnut dan almond dalam coklat berbentuk hati.
Umi ingatkan nak balik dan hantar hujung minggu, tapi hujung minggu tu lah majlisnya berlangsung. Nasib baik ada adik Nana yang bekerja di Melaka. Jadi kirim melalui adiknya sahaja. ^__^

Meh tengok coklat tempahan Nana : ~


~ 4 mangkuk coklat

~ store in a cool dry palce by Fancy Chocolate & Pinata + bisnes card

tema hijau pucuk pisang +warna tambahan



~ rupa asal sebelum dibungkus

~ Selamat Pengantin Baru NANA ~ZALEE 

Terima Kasih, Nana ^__^

post ni xsiap lg..nnt2 Umi sambung k =p 







Thursday 16 May 2013

Wake Up!!

Assalamualaikum.....kabare semuanya? Mak Abah anta S.M.S ini pagi2 nanya :

ALHAMDULILLAH bagi yang sudah. Bagi yang belum, jangan sampai terlepas ya ^__^

Wake Up!! Wake Up!! (orang Jawa kata..heheheh)

Wednesday 15 May 2013

Terima Kasih ^__^

Assalamualaikum semua semoga ceria2 selalu ^__^

Fancy Chocolate & Pinata menyediakan pelbagai bentuk (fancy) coklat yang Umi sendiri pun tak terfikir sebelum ni. Dari bentuk kotak2 biasa hinggalah bentuk yang kompleks seperti bangunan taj mahal, bola 3D dan sebagainya.

Pada bulan February lalu juga, anak saudara Mama mertua Umi bertunang, anak kepada Mak Uda. Umi dapat tempahan dari Mama untuk buatkan sekotak coklat sebagai salah satu hantaran untuk pertunangan tersebut. Mak Uda juga membuat tambahan sebanyak 60biji coklat Praline untuk makan2 bersama saudara mara yang menyertai rombongan. Pertunangan berlangsung di Perak. Warna pilihan ialah kuning-hijau bentuk daun dan bunga ros. Manakala tambahan coklat Praline beraneka warna.  Kotak disediakan oleh Mama iaitu kotak Ferrero Roche.hihi.

Coklat hadiah hantaran dari Mama

~Tempahan tambahan dari Mak Uda 

~ jambangan ros di taman ^__^

~ keseluruhan tempahan

Selepas majlis pertunangan selesai, Umi dapat panggilan dari Mak Uda, nak beli coklat lagi. ^__^
Mak Uda datang rumah, berbual2 minum Nescafe dan beli coklat.  Umi tanya keadaan coklat yang dibawa ke Perak tempoh hari, dan feedback yang sangat positif : 

~ cantik 
~ sedap 
~ bawa dari Melaka sampai Perak, coklat TAK CAIR


Terima Kasih Mama dan Mak Uda ^__^


Tuesday 14 May 2013

Jauh di mata, Dekat di hati, Kukuh di ingatan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Pagi ^__^

Apa khabar pengunjung Blog Fancy Chocolate & Pinata semua? Semoga sentiasa tidak lupa untuk bersyukur dan redha dengan kurniaan rezeki mahupun ujian yang diberikan oleh Yang Maha Kuasa kepada kita. ^__^

Hari ini Umi nak berkongsi cerita tentang tempahan dari ibu saudara Umi, Mak Ton. Bila teringat nak post tentang order Mak Ton, (sebab post kena ikut turn tempahan yang Umi dapat..heheh) Umi teringat pulak makcik Umi yang lagi seorang, Mak Yah, Umi terlupa masukkan gambar coklatnya aritu ^__^..

Umi ni kecik2 macam2 gelaran dapat, arwah atok belah Emak Umi bagi. 'Kokang', 'Lalak'.pastu makcik2 pakcik2 adik beradik pun bahankan Umi dengan nama tu.haha..sebabnya? Umi ni memang sejak azali dah penakut, pemalu sangat.Orang cakap cengeng? gembeng? ha tulah Umi. Kecik2 dulu selalu Abah bawa kitorang balik kampung.Tiapkali balik kampung tu lah, Umi menyorok atau menagis.Nak2 bila balik kampung belah Emak kat Segamat tu.huhuhu...ingat lagi Tok Ru (nenek sebelah Abah) cakap "ko kecik2 berani tenung orang, bila orang panggil, terus menyorok belakang Mak ko, menangis." hahaha...aduhai...sampai ke besar Umi macamni..tapi menyorok belakang Emak & menagis tu, dah tak adalah. Sekarang Umi dah kuat dan bersemangat.huhuh..

Disebabkan sifat penakut dan pemalu tu lah, Umi rasa antara sebab Umi ni kurang bergaul dengan saudara. Macam suami Umi pulak, lain. Asal balik kampung, berkumpul semeja berbual gelak ketawa dengan saudara2 dia. Seronok betul Umi tengok. ^__^. Jadi lepasni kawan2 Umi yang pernah kenal kat sekolah, PLKN atau Universiti, tapi tak pernah berbual dengan Umi, janganlah ingat Umi sombong pulak tau. heheh..

Satu hari, Emak bagitau yang adik Emak, Mak Yah jemput datang ke majlis kenduri kahwin anak sulungnya pada Disember tahun lepas. Kat Muar, majlis sebelah menantu perempuannya. Asalnya yang Emak suruh wakil pergi sana ialah Umi sekeluarga, abang Umi sekeluarga dan adik Umi yang duduk serumah dengan Umi. Umi ni bila ada yang lebih besar ikut, confident lah kan..sekali abang Umi ada hal, tak dapat pergi. Uishh...nervous pulak jadinya. Yelah, dah la dengan segan sebab dari kecik Umi keje menyorok je. Pastu tambah takut tak kenal pulak dengan sepupu2, masing2 dah besar. Nama.. pun tak tau..berat kan kes Umi ni..hahah..

Pada hari berlangsungnya majlis, kami pun bertolak dari Melaka ke Muar. Lepas jumpa rumah, kami duduk bersama, bergurau dan makan bersama2. Kuatnya ikatan kekeluargaan tu kan, walaupun lama tak jumpa, tak tau nama pun ada, tapi cepat betul mesra. Senyuman tak lekang sesama kami. Umi bersyukur ^__^. ALHAMDULILLAH. Kami tukar2 cerita, bisnes, anak dan sebagainya. ^__^ Sebelum balik tu Umi jumpa Mak Yah, tak dapat singgah rumah Mak Yah. Umi bagi coklat sebab nanti boleh makan ramai2 dengan saudara mara yang ada. ^__^

Inilah rupa coklat untuk Mak Yah :~


~ Lolichoc Bunga2an, Ladybug dan Smiley

Kisah melalui gambar
Apabila sang kumbang(lelaki) menemui bunga pilihannya (wanita) lalu mengambil keputusan untuk hidup bersama, setiap yang disekelilingnya akan turut gembira .^__^. ~~ tahniah !!

~ bungkus2. Coklat plain.  

~ Respon di wall FB ^__^. Ada lagi respon tambahan masa berbual di telefon. Semuanya respon tanda puashati ^__^

Terima Kasih, MakYah ^__^


Pada February tahun ini, Mak Ton yang juga adik Emak hubungi Umi untuk satu urusan. Selesai urusan, Mak Ton tempah coklat dengan Umi untuk celebrate majlis hari jadi cucunya di majlis perkahwinan sepupu Umi di JB. Kebetulan majlisnya jatuh pada tarikh hari jadi cucu Mak Ton. Kira raikan sekali lah ^__^

Mak Ton pilih Lolichoc bentuk Ladybug. 100 batang. Separuh berwarna Merah-Hitam dengan inti Cashewnut, separuh lagi Biru Putih dengan inti Nutella.


~ Biru-Putih 

~ Merah-Hitam

~ keep in a cool dry place

~ Happy Birthday Nur Aisy Khalizscha 1 Tahun


~ Poslaju ke Batu Pahat

~ mesej Mak Ton yang buat Umi terkejut.hehe...

Terima Kasih, Mak Ton ^__^

Kesimpulan yang Umi cuba sampaikan dari kisah hari ini, biar macammana pun kamu di masa lalu, tidak bermakna kamu tak mampu berubah di masa depan. Tapi, biarlah berubah menjadi yang lebih baik. Jadi lebih baik kan, lebih besar maknanya ^__^. Yang lalu jadikan kenangan, tambahkan kekuatan di masa hadapan. Semoga anda semua kaya dan berjaya, dan dapat bantu lebih ramai orang yang memerlukan ^__^. Wassalam.








Semua Baru ^__^

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria buat semua ^__^

Cerita tentang pertama kali Umi buat coklat berinti, Umi dapat order dari customer baru, dari Parit Jawa, Muar. Namanya Ita. Ita tempah coklat birthday untuk pasangannya, dengan tema warna Merah~Hitam dan Pink. Berintikan hazelnut. Coklat birthday dengan ucapan Hepy Besday Abg, Luv U. 

Customer baru, Inti baru dan Design baru.Umi namakan coklat Bling~Bling. Sebab Umi pun baru (memandai2) buat dot-dot Bling-bling tu. Hantar ke Parit Jawa, perjalanan pun sebenarnya tak lama tapi Umi sesat!!hihi..memalukan je. > Kampung Umi kat Muar jugak tau.hahha...

Apepun Norita Eita, akak sangat berterima kasih kat awak sebab sanggup tunggu akak jumpa jalan yag betul. Lainkali akak turun Parit Jawa, akak bagi special gift pada awak ye ^__^

Jom layan coklat Bling2 tempahan Norita Eita dari Parit Jawa, Muar :~



~ order dah siap dengan bling-bling

~ hiasan reben polkadot

~ mulakan perjalanan (cerah)

~ dah gelap! misi selesai ^__^ ALHAMDULILLAH

Sebenarnya kalau nak ingat balik waktu ni, macam2 perasaan. Nak tergelak pun ada. Tapi nasib baik ada Rania 1tahun lebih umurnya masa tu, kami nyanyi2 sepanjang perjalanan. Nak kurangkan rasa malu dan bengang sebab sesat. heheh.. Selesai semuanya, kami makan burger tepi jalan. Lapo ooo..... ^__^

Apa pula feedback dari Ita? Inilah dia ^__^





Terima Kasih Norita Eita ^__^






Sunday 12 May 2013

Nak Tambah?

Assalamualaikum w.b.t

Coklat2 Umi yang Umi post sebelum ni, masa jual kat sekolah, jual kat kawan2 tu, asalnya hanyalah coklat plain.Kosong.Coklat semata2.Tak ada inti/filling. ^__^

Lama-kelamaan Umi pun terfikir nak tambah inti. Yelah, ada orang suka makan coklat semata coklat saja kan. Ada org suka ada tambahan kacang2, buah kering atau biskut dalam setiap gigitan tu kan.Cewaahh..Macam iklan pulak.Haha.Tambahan coklat home made yang Umi pernah makan makcik Umi buat, ada potongan badam dalamnya. Tu yang buat Umi terfikir nak tambah la macam2 pilihan inti dalam produk coklat Umi. Baru lah seronok makan...kan....? ^__^

~ hah inilah senarai inti yang ada.

Buat masa ni, Umi xbelajar lagi buat inti perisa strawberry ke,perisa oren, mangga dan sebagainya. Nanti bila Umi dah belajar, Umi akan post poster inti yang baru k?hihi..

Oh ya, selain inti2 yang tertulis tu :

~ Kismis
~ Kurma  < kumpulan buah kering >
~ Prune

~ Almond
~ Cashewnut < kumpulan kekacang >
~ Hazelnut
~ Walnut

~ Nutella < kumpulan inti lembut >

~ Biskut Oreo pelbagai perisa < kumpulan biskut >

Sebenarnya ada juga inti lain yang Umi pakai macam Crunhcy Rice, Kuaci dan paling baruu===>Milo Balls!!

Pehh..sedap oohh semua nih.Walaupun Umi keje ngadap coklat, tetap suka makan coklat nak2 bila ada inti.Hmm..nyum..nyum..nyum.....

Bak kata Mak & Abah Umi..


Sabarrr jelahh.. ^__^

jangan teragak2 nak order dengan Umi >__<
Kami sedia berunding dengan idea anda mengikut tema majlis anda n__n





Friday 10 May 2013

Kita Berkenalan ^__^

Salam Semua ..^__^..

Macam intro lagu Najwa Latiff pulak.hihi..Cerita kalini tentang perkenalan Umi dengan jiran Umi, Kak Rini.
Umi ni pemalu + penakut orangnya.hahaha..Memang betul..tak tau nak bual apa, segan kadang2 dengan orang, mampu senyum aje..heheh..

Abah Umi peniaga Dodol. Tiapkali balik dari kampung mesti dapat bekal dodol. Kadang2 Umi bagi mak mertua, kadang2 Umi bagi jiran2, kadang bagi husband bawa gi tempat kerja, makan ramai2. Satu hari tu, Umi dapat banyak stok dodol dari Abah untuk dijual di Melaka ni. Umi pun berfikir2 mana nak jual eh..ehehe..sebab Umi kan aktif bisnes online saja.

Masa tu Umi baru buat bisnes kad, 200 keping je untuk permulaan, idea untuk create kad pun tak berapa banyak masa tu, pergi kedai printing, adik tu tanya nak warna apa, nak letak gambar apa, nak letak ayat apa..haa..pengalaman pertama tu, jadi kad Fancy Chocolate & Pinata yang pertama ni pun biasa2 je.Syukur ALHAMDULILLAH ada juga keberanian untuk tambah nilai Fancy Chocolate & Pinata dengan bisnes kad pulak walaupun  banyak komen mengenai kad bisnes Umi, banyak kekurangannya dan Umi terima. Terima Kasih pada yang prihatin dengan teguran yang membina untuk perkembangan Fancy Chocolate & Pinata. Umi sangat hargainya. ^__^

Menggabungkan dodol2 abah dengan kad bisnes Umi, Umi packing dodol2 Abah dalam beg goodies kecil, selitkan sama bisnes kad Umi, tujuannya untuk memperkenalkan Fancy Chocolate & Pinata pada kejiranan di kawasan perumahan tempat Umi tinggal ni. Dengan bantuan suami yang memahami kekurangan isterinya yang belum ada lesen kenderaan ni, kami pun bergerak untuk mengedarkan goodies berisi dodol dan bisnes kad sebanyak yang ada.^__^

ginila rupenye..hihi


Mula2 hantar pada Makcik Umi, pulang dari rumah Makcik, barulah edarkan pada jiran2. Kak Rini ialah jiran yang hujung. Jadi sebenarnya Umi memang tak pernah bercakap dengan Kak Rini, cuma berbalas senyum je bila bertentang mata.Nama pun tak tahu.hehe..kebetulan masa tu Kak Rini ada di luar rumah, jadi Umi pun ambik peluang tu untuk edarkan goodies pada Kak Rini ^__^ dan start pada haritulah kami berkenalan.

Rupanya, Kak Rini ialah peminat coklat! Tak sangka betul. Lepas tengok kad bisnes tu, Kak Rini pun melawat Page FB Fancy Chocolate & Pinata dan tanya tentang produk2 yang Umi jual. ^__^
Order pertama Kak Rini ialah Popkek buatan makcik Umi. Popkek tu Umi iklankan kat Page Umi sebab Umi suka tengok Popkek yang warna warni tu. Makcik Umi pun berniaga makanan juga. ^__^



S.M.S maklumbalas dari Kak Rini

Lepas try coklat Umi, Kak Rini pun order Praline Oreo. Jom tengok 

Vanilla Oreo

S.M.S maklumbalas Praline Oreo

Kemudian ada lagi order tapi Umi tak sempat ambik gambar. Kalini order Praline Oreo juga, tapi pakai Golden Oreo. Kisahnya Umi pakai hp biasa aje. Ambik gambar order pakai hp suami.lebih cantik. hihi..Tapi camane tak ada gambar pun tetap dapat maklumbalas dari Kak Rini ^__^

~ inilah rupa Golden Oreo


n__n

Ini pula ialah tempahan coklat harijadi Kak Rini buat suaminya pada February lalu ^__^

Sejak itulah Umi dan Kak Rini berkenalan sebagai jiran dengan lebih baik. Kongsi macam2 tips mendidik anak, tips jaga kesihatan diri dan sebagainya ^__^

Terima Kasih Kak Rini 

Terliur sudah? Cepat2 contact Umi di talian 017-7938510 ya. Umi terima tempahan 7hari seminggu ^__^







Wednesday 8 May 2013

Order dari Borneo & buat Borneo

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera ^__^

Disember tahun lalu, Umi mendapat tempahan dari kawan baik Umi, seorang kawan dari zaman sekolah, seorang lagi kawan di zaman Universiti. Mereka berdua antara yang memberi sokongan penuh dalam kemunculan Fancy Chocolate & Pinata dalam dunia bisnes makanan. Hehe.. Bila kawan2 teruja tengok Umi nak mulakan bisnes, apa lagi Umi sendiri, hati rasa seronok dan semangat semakin berkobar-kobar. Otak pun xberhenti berfikir untuk berkreativiti.Hehe..SUBHANALLAH.

Mula2 kawan sekolah Umi, Ain namanya tempah coklat untuk celebrate birthday BF dia, orang Sarawak, silap la.Sabah bah. Pening juga dia nak pilih design sebab Umi kan ada banyak design coklat. Tapi warna dia dah confirm nak Hitam~Kuning Harimau Malaya..heheh. Akhirnya pilihan muktamad dibuat, Ain nak Lolichoc konsepnya macam kek yang ada gambar2 diorang sejak mula berkenalan hinggalah sekarang dengan ucapan birthday tulisan Umi sendiri..Semua sekali 24 btg Lolichoc.

Inilah hasilnya, jom tengok ^__^


~ HePY BuFdAy DeAR~


~ 4 gambar di atas ni pakai camera Umi, nampak malap,hihi..


~ Terima Kasih Ain Semarak ^__^

Ok, sambung kepada order kawan universiti Umi, Namanya Sharifah tapi dipanggil Cici. Cici ni ada di Sabah,tapi order coklat untuk hantar pada anak saudaranya di Seremban, Negeri Sembilan. Juga memilih Lolichoc Edible Image, dengan gambar dia, anak saudaranya dan Ultraman bersaudara.ehh banyak juga adik beradik Ultraman ni rupanya. Jenuh Google cari gambar Ultraman.hihi. Tapi, Umi xkisah, asalkan customer puashati dan happy ^__^.

Jom tengok coklat Cici pulak, 50 btg Lolichoc dengan ucapan Nana Love Amier ~ :

grey

white

yellow


peach

turqoise

red

semua sekali 

masuk kotak

~PosLaju



~ PrintScreen dari Page FB Fancy Chocolate & Pinata. hehe..Terima kasih, Cici ^__^

So, kepada anda yang berminat dengan Lolichoc Edible Image ni, bolehlah buat tempahan dengan Umi, boleh tempah gambar sendiri, nak tambah perkataan pun boleh kat gambar tu, terpulang pada anda. Umi jamin anda puashati ^__^

Bak kata Emak & Abah Umi..~

ehheheh...^__^