Fancy Chocolate & Pinata

Fancy Chocolate & Pinata

Monday 29 April 2013

Langkah Seterusnya


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Pagi ^__^

17hb Disember 2012 Umi sekeluarga pergi SSM, ambik langkah seterusnya dalam usaha yang Umi baru jalankan ni. Sebab apa?sebab Umi seriuslah, Umi minat, Umi suka, Umi sayang..heheh..

Keluarga Umi, sebelah Umi dan sebelah suami, bagi sokongan penuh, terutama kakak sulung Umi, Kak Ina ^__^.  ~Kau memang kakak aku yang sangat penuh motivasi dan sokongan Kak Ina, semoga ALLAH berikan rahmat dan kejayaan dalam setiap urusan kau. Semoga kau bertambah kuat dalam setiap langkah kau Kak Ina. Aamiin ^__^

Pertama kali datang sini, macam2 tak tau.tanya sana, tanya sini, telefon lagi, S.M.S lagi, heheh..akhirnya selesai juga urusannya. Nasib baik Kak Ina bagitau S.S.M ada buat promosi masa ni, untuk Pendaftaran Perniagaan dan Pembaharuan Perniagaan (1 Jun - 31 Dis 2012) Renew lesen untuk SETIAP 5 tahun. Kalau tak setiap setahun kena renew. Syukur rezeki Umi masih belum terlepas tarikh promosi ni. ALHAMDULILLAH.

~ pening perah otak nak fikir nama untuk perniagaan Umi ni. Kena buat 3 pilihan nama takut2 nama yang kita pilih tu ada perniagaan lain dah pakai dulu. Untuk permulaan ni, kecil-kecilan, pakai Enterprise ^__^

~ ni Rania, mood dia dah terlampau bosan tunggu giliran Umi agaknya. Sampai kemek muka dibuatnya.hihi.. Sabar ye nak.. ^__^

Akhirnya, urusan pun selesai. kami pun pulang dengan gembira. Tak lupa Umi hantar S.M.S. ke emak untuk maklumkan pencapaian pada hari itu. Terima Kasih atas doa dan sokongan yang tak putus dari ahli keluarga buat kami. Mudah-mudahan hasilnya nanti kita dapat kongsikan bersama-sama. Aamiin.

~ Eby ialah nama timangan Umi dalam keluarga. Haha..sangat x matured.



Saturday 27 April 2013

FCP kembali ^__^


Assalamualaikum w.b.t sekalian pengunjung setia blog Fancy Chocolate & Pinata.

3 hari Umi sunyi tanpa berita kan? Maaflah, Umi balik kampung. Excited dan tak pedulikan orang sekeliling.Hati teruja nak jumpa Emak & Abah di kampung.Terima Kasih pada awak yang order Popkek dan coklat2. Dapatlah menjenguk Kluang yang semakin maju dan makmur ^__^.. hahaha ayat Umi dipengaruhi kempen 'Pilihan Raya' pulak ke ni??

Kali ni kita Skip jauh dari order2 yang Umi dah buat. Ini ialah order latest yang Umi buat masa balik Kluang baru2 ni okey . Jooommm~


ALHAMDULILLAH rezeki kan sentiasa ada di mana - mana. Usaha gigih + berharap padaNya akan mendapat ganjaran yang tak disangka-sangka. Ganjaran yang Umi dapat dalam order yang ni ialah, daya kreativiti Umi meningkat ^__^. Syukur. (ke awak2 semua masih nampak kekurangan?sila lah tinggalkan komen dengan berhemah. Umi sentiasa mencuba memperbaiki hasil kerja Umi supaya pelanggan Umi happy >__<)

OK dah..tu je nak update. Mata minta rehat seharian di atas jalan raya dari Kluang - Melaka - sekitar Melaka..heeh. Esok siang kita sambung lagi ya. daa. Selamat Beristirehat di hari minggu ^__^

Wednesday 24 April 2013

Tamat Sesi Persekolahan 2012


Assalamualaikum w.b.t semua. Apa khabar ya? Mudah-mudahan sihat dalam rahmatNya In Shaa ALLAH.

Hari terakhir Umi hantar coklat kat sekolah, masa tu memang dah tamat UPSR dah pun. Budak2 pun dah mood nak enjoy je..dah lepas PERANG lah katakan..eheheh..So, permintaan untuk coklat pada hari itu adalah yang terakhir sebelum tamat sesi persekolahan pada tahun 2012.

Atas rasa penghargaan Umi pada adik2 yang Umi pun tak pernah jumpa tu, Umi buat coklat special untuk mereka yang tak pernah terlepas beli coklat Umi tu. Moga2 bila mereka terkenang zaman sekolah rendah mereka, terselit jugalah ingatan manis dan gembira terhadap coklat Umi ^__^. Aduhaii..teringat pulak zaman Umi sekolah rendah jual kacang pedas..seronok bila belum time rehat kawan2 dah booking..habis rehat kacang pedas pun habis. ALHAMDULILLAH. ~sekejap je pengalaman kacang pedas Umi sebab takut cikgu marah...>__<

Ehh..layan perasaan pulak..hehehe..jomlah tengok coklat Umi dengan nama 'Coklat Tanda Ingatan Buat Adik2 yang Dihargai" ~ mak aii panjangnya nama.pengaruh MasterChef la ni..hahhaha..



special tak? ^__^

Tuesday 23 April 2013

Baru Kenal Warna

Assalamualaikum w.b.t ^__^

Ahahaha..kelakar pulak tajuk baru kenal warna tu..Yelah,nama pun budak baru belajar kan..kena lah belajar satu persatu. Bila dah mahir nanti, boleh buat sekali banyak..>__< 

Warna pertama yang Umi pakai ialah warna HIJAU. Tak tau la kenapa. Mungkin dari kecik dah set dalam kepala kebanyakan kuih-muih kat Malaysia ni kan warnanya hijau. Kuih ketayap, lempeng, kuih bom(buah melaka), kuih bakar, kuih seri muka belum campur lagi kuih muih yang berbungkus daun pisang,hijau jugak kan?..kan..?ehehe..jadi sebab itulah pilih warna hijau haritu untuk percubaan pertama. Niat hati jugak nak bagi adik2 yang selalu beli coklat kat sekolah tu happy ada warna baru pulak. Ehh..harga tetap sama untuk adik2, xnaik harga pun kann..^__^  

Jom hijaukan mata jap jom..



hehe..okey nanti sambung lagi.daaa..salam...^__^

Restu Emak & Abah

Assalamualaikum dan Selamat Petang. 

Mungkin ada yang tertanya2 apa yang istimewa S.M.S dari Emak & Abah Umi ni? Pada Umi, S.M.S mereka sangatlah istimewa, sebab Umi jauh di Melaka. Emak & Abah Umi pula di Johor. Jauhkann??? :p
(3 jam perjalanan tu, jauh apa.hehe..) S.M.S mereka sangat istimewa sebab penuh dengan semangat, sokongan,doa dan kasih sayang pada kita, kalau tak percaya, cuba tengok balik S.M.S dengan kawan2, bandingkan dengan S.M.S dengan ibu bapa kita, ada beza kan? Rasa lebih bersemangat lagi2 kalau mereka bagi dorongan pada kita.

Macam masa mula2 Umi berniaga coklat ni. Selalu juga Emak & Abah Umi tanya perkembangan bisnes. Laku kah coklat Umi? Banyak tak Umi buat? Habis tak jualan? dan macam2 lagi soalan yang buat kita semangat nak sampaikan khabar yang happy2 je untuk mereka. Jenis Umi juga, kalau jualan banyak dan ramai yang suka, Umi akan kongsikan dengan mereka, jika tempahan biasa-biasa je, Umi diam2 aje lah.hehe..jom tengok inbox Umi sebentar..


Semangat tau bila mereka pun gembira jualan kita habis. Pada Umi happy tu bukan sebab dapat pulangan je, tapi sebab dapat buat keyakinan Emak & Abah Umi bertambah dengan bidang yang Umi pilih ni. Bila ibu bapa kita senang hati, kita pun turut senang hati sebab dapat kepercayaan dan sokongan yang kuat dari mereka. Barulah berkat dunia dan akhirat. In Shaa ALLAH.



Apa pun pekerjaan yang kita pilih, walaupun pilihan atas keputusan kita sendiri, atau ibu bapa yang tentukan,  mestilah diiringi dengan minat dan semangat kita dalam buat sesuatu kerja tu. Kalau memang rasa tak serasi, tak sesuai dengan apa kerja yang kita buat sekarang, fikirkan dan cuba cari apa kelebihan sebenar kita supaya kita tak rasa buang masa dengan kerja yang kita buat setiap hari + tension + boring nak buat kerja tu..

Harap2 apa yang Umi katakan ni dapat memberi manfaat kepada awak2 semua dalam menentukan masa depan ya. Umi pun memperingatkan diri Umi sendiri dalam hal ini. Semoga berguna ^__^

  

Monday 22 April 2013

Sarapan Apa? ^__^

Selamat Pagi Semua ^__^


Emak & Abah Umi pernah hantar S.M.S dengan soalan ni..haha..yelah,Umi kan bisnes coklat, stok coklat pun kadang2 lebih kat rumah, tapi Umi takdelah sarapan pun coklat. Favourite Umi setiap pagi tetap Nescafe panas dengan biskut/roti/nasi lemak dll ^__^

So awak2 semua pulak sarapan kegemaran setiap pagi apa pulak ya?  

ALHAMDULILLAH pagi ni Umi  sarapan Nescafe panas + Sandwich Sardin.Ok jom sambung lagi cerita fasal coklat yang Umi sukaaa sangat buat ni. >__<

Dalam post sebelum ni kan Umi ada cerita yang Umi start bisnes dengan bantuan kakak sulung Umi, tapi jugak selepas habis berbincang dengan tulang belakang Umi dan kedua orang tua Umi. ALHAMDULILLAH Umi memang sangat bersyukur sebab orang2 di sekeliling Umi semuanya sangat positif dalam memberi pendapat dan sokongan, termasuk kawan2. Kata2 semangat dan dorongan dari merekalah yang menguatkan hati Umi untuk menceburi bidang ini. Syukur.

Pasaran pertama Umi di sekolah, dengan bantuan Kak Dafika yang bekerja di sekolah tersebut, sangaaat menggalakkan. Macam yang Umi cerita sebelum ni, HARI-HARI HANTAR, HARI-HARI HABIS tau..^__^. Budak2, kan suka yang cantik2 dan manis.
Ni antara S.M.S Umi dengan Kak Dafika (ambik msg yg 'straight to the point' je.) ehhe..
Terima Kasih Kak Dafika. Akak memang TERBAIK >__<


Sekarang dah tak hantar kat sekolah dah. Tapi kalau ada yang berminat untuk nak buat dedikasi coklat sempena Hari Guru ke, Hari Sukan ke, Hari Anugerah Cemerlang ke, haaa..boleh la bagitahu kat Umi. Umi bagi harga berpatutan untuk tempahan bagi acara Sekolah. ^__^ Umi akan sediakan sekali senarai tempahan (list order) bagi memudahkan cikgu-cikgi/ pelajar2 nak buat tempahan dengan jelas seterusnya memudahkan Umi siapkan order tu ^__^ .


  
Bagi yang berminat boleh hubungi Umi di talian 017-7938510 
atau emelkan ke fancychocolatepinata@gmail.com

Terima Kasih.




Jom Subuh! ^__^


Assalamualaikum semua.. ^__^ 

Jumpa di post seterusnya..Yang dah bangun tu, jangan tidur balik pulak. Selesaikan kewajipan dulu ok ^__^


Sunday 21 April 2013

Apa Rencana Esok Hari?

Assalamualaikum semua. ^__^ 
Moga-moga kalian dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Buat yang kurang sihat tu, jangan lupa makan ubat ya, supaya cepat sihatnya, sebab bila kita sakit, ramaiii yang risau kan ...^__^


Dah baca S.M.S tu? Agaknya apa rencana esok hari kita? Harap2 biarlah sesuatu yang membawa manfaat kepada kita dan orang yang berurusan dengan kita nanti ya. Tak lupa juga jaga tutur kata, isyarat badan dan pandangan mata. Kadang2 kita tak sedar ada orang terasa dengan kita tanpa disedari kan?kan? Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan yang sentiasa membuat orang senang hati dengan kita dan tersenyuumm apabila terkenangkan kita ya.Aamiin.^__^

Sebelum tidur, jangan lupa maafkan semua orang. Kita kena bersangka baik, mana tau harini kita ada terasa dengan perkataan,perbuatan atau jelingan tajam seseorang pada kita, mungkin orang itu melakukannya tanpa sengaja pada kita..kan?Mudah-mudahan bangun tidur esok hari,kita sudah tidak memikirkannya lagi. ^__^

Berbalik kepada membentuk coklat ni, ia memerlukan daya kreativiti yang sangat tinggi, supaya ia kelihatan menarik dan rasa sayaang sangat nak makan.ehehehe. masih dalam warna asli, hitam~putih.Ini adalah antara hasil kerja Umi masa mula2 menceburi bidang ni. Menarik tak? ^__^


Sekian sahaja untuk malam ini. Jangan lupa niat bangun awal esok hari nak kerjakan Subuh di awal waktu. Mari menjadi lebih baik. ^__^

Saturday 20 April 2013

Bermulanya di Sini



Waalaikumussalam..^__^

Tujuan Umi membina blog http://fancychocolatepinata.blogspot.com ini bukanlah untuk bisnes coklat & pinata semata-mata.Tetapi juga untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang Umi ada dalam bidang ini dengan anda semua. Tak lupa juga dengan sedikit sebanyak hobi Umi yang dah jadi rutin iaitu S.M.S!! ehhe..

Takpe2..sekarang tgh tak berapa ada idea nak cerita fasal S.M.S lagi. Umi nak cerita fasal langkah pertama Umi dalam dunia coklat ni. Umi bermula tahun lepas, dalam pertengahan bulan September. Kakak sulung Umi yang ajar buat coklat ni, dan kakak sulung jugaklah yang carikan pasaran masa mula2 dulu. Terima Kasih banyak2 pada kakakku Sabrina Jamali. ^__^ 

Meh kita tengok hasil 'budak baru belajar' ni..hehehe


hitam ~ putih aje..masa ni xkenal warna lain lagi.^__^


OK tak??hehe..coklat2 ni jual kat budak2 sekolah je dulu. Diorang pun sukaaa sangat coklat. Hari-hari beli, hari-hari HABIS. ALHAMDULILLAH. ^__^






Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria dari kami sekeluarga buat semua !!! ^__^


Memperkenalkannnn..!! Blog bagi PENCINTA2 Coklat dan Pastry dan Pinata bagi yang bakal Berkahwin. Dijamin ENAK, BERKUALITI,HALAL DAN CANTIK mata memandang.
HOME MADE dari Fancy Chocolate & Pinata sememangnya TERRRRBAIK BUAT ANDA.

Nantikan ya..Terima Kasih. Dah pukul 0100pagi ni..tidur dulu. Salam..ZZzzzZZzzZzzz...