Fancy Chocolate & Pinata

Fancy Chocolate & Pinata

Monday 22 April 2013

Sarapan Apa? ^__^

Selamat Pagi Semua ^__^


Emak & Abah Umi pernah hantar S.M.S dengan soalan ni..haha..yelah,Umi kan bisnes coklat, stok coklat pun kadang2 lebih kat rumah, tapi Umi takdelah sarapan pun coklat. Favourite Umi setiap pagi tetap Nescafe panas dengan biskut/roti/nasi lemak dll ^__^

So awak2 semua pulak sarapan kegemaran setiap pagi apa pulak ya?  

ALHAMDULILLAH pagi ni Umi  sarapan Nescafe panas + Sandwich Sardin.Ok jom sambung lagi cerita fasal coklat yang Umi sukaaa sangat buat ni. >__<

Dalam post sebelum ni kan Umi ada cerita yang Umi start bisnes dengan bantuan kakak sulung Umi, tapi jugak selepas habis berbincang dengan tulang belakang Umi dan kedua orang tua Umi. ALHAMDULILLAH Umi memang sangat bersyukur sebab orang2 di sekeliling Umi semuanya sangat positif dalam memberi pendapat dan sokongan, termasuk kawan2. Kata2 semangat dan dorongan dari merekalah yang menguatkan hati Umi untuk menceburi bidang ini. Syukur.

Pasaran pertama Umi di sekolah, dengan bantuan Kak Dafika yang bekerja di sekolah tersebut, sangaaat menggalakkan. Macam yang Umi cerita sebelum ni, HARI-HARI HANTAR, HARI-HARI HABIS tau..^__^. Budak2, kan suka yang cantik2 dan manis.
Ni antara S.M.S Umi dengan Kak Dafika (ambik msg yg 'straight to the point' je.) ehhe..
Terima Kasih Kak Dafika. Akak memang TERBAIK >__<


Sekarang dah tak hantar kat sekolah dah. Tapi kalau ada yang berminat untuk nak buat dedikasi coklat sempena Hari Guru ke, Hari Sukan ke, Hari Anugerah Cemerlang ke, haaa..boleh la bagitahu kat Umi. Umi bagi harga berpatutan untuk tempahan bagi acara Sekolah. ^__^ Umi akan sediakan sekali senarai tempahan (list order) bagi memudahkan cikgu-cikgi/ pelajar2 nak buat tempahan dengan jelas seterusnya memudahkan Umi siapkan order tu ^__^ .


  
Bagi yang berminat boleh hubungi Umi di talian 017-7938510 
atau emelkan ke fancychocolatepinata@gmail.com

Terima Kasih.




No comments:

Post a Comment