Fancy Chocolate & Pinata

Fancy Chocolate & Pinata

Sunday 21 April 2013

Apa Rencana Esok Hari?

Assalamualaikum semua. ^__^ 
Moga-moga kalian dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Buat yang kurang sihat tu, jangan lupa makan ubat ya, supaya cepat sihatnya, sebab bila kita sakit, ramaiii yang risau kan ...^__^


Dah baca S.M.S tu? Agaknya apa rencana esok hari kita? Harap2 biarlah sesuatu yang membawa manfaat kepada kita dan orang yang berurusan dengan kita nanti ya. Tak lupa juga jaga tutur kata, isyarat badan dan pandangan mata. Kadang2 kita tak sedar ada orang terasa dengan kita tanpa disedari kan?kan? Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan yang sentiasa membuat orang senang hati dengan kita dan tersenyuumm apabila terkenangkan kita ya.Aamiin.^__^

Sebelum tidur, jangan lupa maafkan semua orang. Kita kena bersangka baik, mana tau harini kita ada terasa dengan perkataan,perbuatan atau jelingan tajam seseorang pada kita, mungkin orang itu melakukannya tanpa sengaja pada kita..kan?Mudah-mudahan bangun tidur esok hari,kita sudah tidak memikirkannya lagi. ^__^

Berbalik kepada membentuk coklat ni, ia memerlukan daya kreativiti yang sangat tinggi, supaya ia kelihatan menarik dan rasa sayaang sangat nak makan.ehehehe. masih dalam warna asli, hitam~putih.Ini adalah antara hasil kerja Umi masa mula2 menceburi bidang ni. Menarik tak? ^__^


Sekian sahaja untuk malam ini. Jangan lupa niat bangun awal esok hari nak kerjakan Subuh di awal waktu. Mari menjadi lebih baik. ^__^

No comments:

Post a Comment